CERITA PEREMPUAN : ISRAK MIKRAJ (NABI
Muhammad saw).
Pengenalan:
Terima
kasih pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru,
rakan-rakan dan seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah.
Assalammualaikum
warahmatullahi wabarakahtuh dan salam satu Malaysia.
Pada
hari ini saya akan menyampaikan sebuah kisah yang sangat penting dalam
sejarah lslam.
Mari bersama kita kenangkan,
Kisah teladan di dalam Al-Quran, Nasyid
kisah Muhammad Nabi akhir zaman,
Israj Mikraj yang penuh keagungan.
Sidang
hadirin,
Nabi
Muhammad saw merupakan anak kepada Abdullah dan ibunya bernama Aminah. Baginda
telah dilantik menjadi rasul ketika berumur 40 tahun. Baginda merupakan nabi
akhir zaman dan risalahnya untuk semua manusia.Semasa menyampaikan dakwahnya,
baginda telah mendapat pelbagai rintangan dan tentangan daripada kaum Quraisy.
Isi
pertama:
Antaranya
ialah tindakan kaum Quraisy memulaukan Bani Hashim dan orang lslam. Akibat pemulauan tersebut , Baginda telah
kehilangan penyokong dan pelindung utamanya iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan
isteri tersayang Siti Khadijah bt Khuwailid yang telah meninggal dunia.
Kesedihan ini ditambah lagi dengan penolakan dakwah oleh penduduk Taif. Lantas Allah mengingatkan Nabi dengan berfirman
:
dan
janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita………(surah ali-Imran
:ayat 139)
Sebagai
umat lslam, jangan kita mudah berputus
asa dalam menghadapi dugaan Allah seperti musibah banjir yang baharu kita
alami. Redha dan mohonlah pertolongan daripada Allah Taala.
Untuk
mengubati kesedihan Baginda, Allah Taala telah memperjalankan Baginda melalui
peristiwa Israk dan Mikraj. Selain itu, peristiwa ini juga untuk menunjukkan keagungan
dan kebesaran Allah Taala.
di
samping kewajipan kefardhuan solat 5 waktu.
isi
2:
Sebelum
diIsrak Mikrajkan, Baginda terlebih dahulu melalui proses penyucian hati oleh
dua malaikat iaitu Jibrail dan Mikail. Setelah itu dimasukkan ke dalam hati Baginda hikmah, ilmu
dan iman. Kemudian dimeterikan dengan “ khatimin Nubuwwah”.
Begitulah
kawan-kawan, kita juga perlu menjaga
kebersihan diri, pakaian dan tempat daripada najis terutamanya ketika
menunaikan ibadat kepada Allah Taala.
malam isnin 27 rejab…
tahun kesebelas kenabian
menaiki Buraq…..
ditemani Jibrail
diperjalankan dengan
jasad dan roh nasyid
melihat keagungan Tuhan
yang penuh keajaiban
Allah
berfirman:
“Maha suci Allah
Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid
Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan
kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha
mengetahui.” ( Surah al-Israk:
ayat 1 )
isi
3:
Baginda
telah melalui Madinah, Bukit Tursina,
Baitul Laham dan seterunya ke Baitul Maqdis. Pelbagai gambaran dan suasana
peristiwa telah diperlihatkan dengan penuh keajaiban.Setiap gambaran telah diperjelaskan
oleh Jibrail as.
Antara
peristiwa yang telah dialami baginda ialah petani bercucuk tanam dan memungut
hasilnya tanpa henti. Menurut Jibrail as itulah balasan kepada orang yang
sanggup berjihad fiisabillah dalam menegakkan syiar lslam.
Kita
umat lslam sepatutnya mencontohi semangat dan keberanian orang Palestin untuk
bersama-sama berberjuang menentang keganasan Israel.
Allah
berfirman: surah al Maidah 35
dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan
Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
Nabi
juga melihat manusia memecahkan kepalanya dengan batu. Itulah balasan bagi
mereka yang tidak menjaga solatnya.
Sekarang
ini ramai manusia meringan-ringan solat semata-mata untuk mengejar urusan
duniawi. Ingatlah solat itu adalah diwajibkan kepada kita untuk dikerjakan.
Allah
berfirman dalam surah al-Ankabut 45:
dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun);
Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar
isi
4:
sampailah sudah di
Masjidil Aqsa,
mengimani solat sekelian
para anbia’, sajak
minuman susu dipilih
jua,
akhirnya ke Sidratul
Muntaha dimikrajkan pula.
Di langit pertama baginda bertemu dengan Nabi
Adam. Di sini juga baginda melihat keadan orang-orang yang makan riba’ dan
harta anak yatim dan melihat keadaan orang yang berzina yang sangat buruk perlakuannya.
Dewasa
ini kita digemparkan dengan pelbagai
gejala kelahiran anak luar nikah yang berleluasa. Ingatlah zina itu perbuatan
keji dan dimurkai Allah.Ianya merosakkan keturunan manusia.
Allah berfirman dalam surah al-Israk ayat 32 :
dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya
zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang
membawa kerosakan).
Seterusnya
di langit kedua baginda bertemu dengan Nabi Isa dan Yahya, di langit ketiga
Nabi Yusof, di langit keempat Nabi Idris, di langit kelima Nabi Harun, di
langit keenam Nabi Musa dan di langit ketujuh Nabi Ibrahim Khalilullah.
Setelah
itu, Baginda telah ke Sidratul Muntaha dan akhirnya ke Hadratul Qudus dan
Hadratul Rabbul Arbab berseorangan diri untuk bertemu dengan Allah Taala.
Baginda telah menerima kefardhuan solat yang asalnya 50 waktu, tetapi atas
nasihat Nabi Musa kemudiannya Allah
mengurangkannya kepada 5 waktu sahaja sepertimana sekarang.
Setelah
itu, Baginda telah dibawa kembali ke Baitul Maqdis dan menunggang Buraq kembali
ke Masjidil Haram di Mekah pada malam yang sama.
Penutup
Suasana
masyarakat terbahagi kepada dua, ada yang bertambah penuh keimanan seperti mana
Abu Bakar yang akhirnya mendapat gelaran “asSyiddiq” tetapi ramai juga yang
kufur kerana tidak mempercayainya manakala orang musyrikin menjadikannya sebagai
bahan cercaan.
Kisah
Israk dan Mikraj telah kita amati,
Bersama
kita mengukuhkan iman,
Marilah
kita bertekad di hati,
Suruhan
Allah sentiasa amalkan.
Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta
Sekian terima Kasih
Wabillahi
taufik wal-hidayah wassalammualaikum warahmatuhi wabarakatuh